Love Story

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, February 28, 2010

Dunia Baru

Dunia Baru bagi aku bermula tepat pada 8.55pm 30Jan 2010. Pernikahan yang disaksikan seluruh ahli keluarga terasa amat membahagiakan.(*i wished to kembali ke saat itu*)


Kehidupan Baru yang sedang dilalui ini terasa amat bahagia. Semoga kebahagian, kegembiraan dan keceriaan ini menjadi asas untuk kehidupan akan datang.



Kepada Emak dan Ayah,
Terima Kasih atas sokongan, kasih sayang, wang ringgit dan segala2nya.Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian.Semoga kalian sentiasa dilimpahi kesihatan yang baik.


Kepada Encik Suami,

Semoga kita mampu mengharungi segala2nya dengan sempurna di masa hadapan.Semoga Encik Suami akan terus menyayangi, mencintai dan membahagiakan saya seperti ini selama-lamanya..saya juga berjanji benda yang sama.. :-)

Kepada Adik-Adik,
Hidup ini tak seindah mimpi, tak semudah ABC.
Tapi dont worry, selagi ada iman di dalam hati...insya'Allah jati diri tetap sejati.
p/s:: to my only sister, jaga diri baik2...tidak sabar rasanya mau jadi Mak Long...hihi




Kepada Sahabat,
Kalian ibarat permata...sukar ditemui tetapi sangat berharga..
Semoga Ukhwah ini akan terus begini.
Tak terhalang dek masa, tak luput dek usia.
Alangkah indahnya sekiranya our next generation boleh merasai keindahan persahabatan seperti kita :-)

p/s:: saya ada ramai sahabat...6 thn di UIA, 2 thn di SAMBEST, 3 thn di KKB...semoga kalian sihat sejahtera

Sekian.Tata..